Connect with us

Oh! Media

Abam Ajak Orang Gemuk Untuk Berhijrah

Umum

Abam Ajak Orang Gemuk Untuk Berhijrah

Sejak dari awal April yang lalu, pelawak Abam Bocey semakin bersemangat untuk bersenam bagi menurunkan berat badannya. Abam yang sebelum ini memiliki berat badan asal 188 kilogram telah berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 15 kilogram dalam tempoh hanya 3 minggu dengan melakukan rutin diet dan senaman.
Abam yang mempunyai masalah berat badan menyeru orang yang serupa dengannya untuk mengubah gaya hidup mereka supaya tidak lagi diperlekehkan oleh orang lain dan menjamin kesihatan diri.
“Masih ada gemuk yang tidak keluar untuk berubah. Jangan malu untuk keluar wahai kaum-kaum gemuk. Sebab gemuk is awesome. Jom kita keluar untuk buat sesuatu supaya orang tidak memperlekehkan kaum gemuk. Buktikan yang gemuk mampu berubah dan buat sesuatu yang diluar jangkaan”, katanya.
Peminat Abam turut berasa bangga dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh pelawak kegemaran mereka itu untuk menjayakan misi mengurangkan berat badannya telah meninggalkan respon-respon yang positif dan support Abam di Instagram milik Abam.
Tidak kurang dengan itu, ada juga yang telah nampak kesannya pada diri Abam dengan mengatakan Abam semakin mengecil berbanding sebelum ini.
Abam Bocey yang terkenal dengan tagline beliau #gemukisawesome itu dilihat sering dikongsi di Instagramnya.

Oh! Media – Diharapnya Abam Bocey dapat mengekalkan semangat sihat ini dan seterusnya mampu memberikan inspirasi kepada mereka yang memiliki saiz badan yang besar sepertinya.

ADVERTISEMENT

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas