Connect with us

Oh! Media

98 Peratus Tiket Persembahan Tomok Vs Black Habis Terjual

Umum

98 Peratus Tiket Persembahan Tomok Vs Black Habis Terjual

Penyanyi popular negara Tomok dan Black Hanifah yang bakal membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 28 November ini tidak menyangka bahawa tiket jualan hampir habis disambar peminat.

ADVERTISEMENT

Tiket jualan persembahan Tomok vs Black itu dikatakan telah dijual hampir 98 peratus. “Saya memang teruja menantikan detik persembahan sulung kami di DFP diadakan. Lebih mengujakan apabila tiketnya hampir habis dijual.

“Ia sesuatu di luar jangkaan kami berdua. Namun, sokongan peminat itu tentu sahaja membuatkan kami lebih bersemangat untuk memberikan persembahan terbaik,” kata Tomok.

Tambah Tomok lagi, “Saya dan Black sudah hampir 10 tahun berkawan dan pastinya kami takkan mempersiakan peluang keemasan dihulurkan ini. Kami tahu, bukan semua artis berpeluang mengadakan persembahan di pentas gah seperti DFP.

“Pada konsert itu nanti, saya dan Black akan bergilir-gilir mengadakan persembahan secara solo, selain berduet. Kami pula tidaklah menggunakan pentas itu untuk berlawan vokal, sebaliknya cuba mengimbangi konsert sebaik mungkin,” katanya.

Black juga menunjukkan rasa teruja apabila impiannya untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu kini menjadi kenyataan dan lebih menggembirakan apabila akan berkongsi pentas yang sama bersama Tomok.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas