Connect with us

Oh! Media

5 Kebaikan Mentega Kacang Untuk Kesihatan Badan

Umum

5 Kebaikan Mentega Kacang Untuk Kesihatan Badan

Boleh dikatakan ramai di antara kita suka makan roti yang disapu bersama mentega kacang kerana rasanya sedap. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mentega kacang juga mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri untuk tubuh badan.

ADVERTISEMENT


Otot

Jika korang sangat mementingkan penjagaan badan sesuai untuk mengambil mentega kacang kerana ia mempunyai protein untuk membina otot. Selain itu, mentega kacang juga boleh membuatkan perut korang lebih kenyang jika diamalkan pada setiap pagi.

Jantung

Kebaikan yang ada pada mentega kacang tidak dapat dinafikan kerana ia mengandungi lemak yang tidak tepu. Fungsi lemak ini akan melindungi jantung dari penyakit berbahaya. Dalam masa sama kandungan kolesterol dalam darah juga akan menurun.

Menjadi Bijak

Buat korang yang ada anak yang masih kecil latih mereka untuk makan mentega kacang berbanding makan makanan segera yang sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Kelebihan yang ada pada mentega kacang dapat membantu pertumbuhan sel-sel otak kanak-kanak yang sedang membesar.

Menguatkan Tulang

Khasiat yang ada pada mentega kacang sangat baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ini kerana mentega kacang mengandungi kalsium dan magnesium untuk menguatkan tulang. Untuk pengetahuan korang, setiap hidangan mentega kacang mempunyai sekurang-kurangnya 3 mg antioksidan vitamin E.


Kulit

Buat kaum lelaki dan wanita yang mementingkan penjagaan kulit boleh mengamalkan pengambilan kacang mentega kerana ia mengandungi magnesium, antioksidan, serat, kalium, protein dan lemak tepu di mana fungsinya dapat membuat kulit menjadi cantik dan sihat.


OHMEDIA : AMALKAN PENGAMBILAN MENTEGA KACANG KERANA IA MEMPUNYAI KHASIAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN

+Baca respon pembaca 5 kebaikan mentega kacang untuk kesihatan badan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas