Connect with us

Oh! Media

5 Jenis Makanan Ringan Yang Sihat Untuk Tubuh Badan

Umum

5 Jenis Makanan Ringan Yang Sihat Untuk Tubuh Badan

Pada waktu PKP ini pasti ramai yang ada mengambil makanan ringan di rumah. Seperti semua tahu makanan ringan rasanya memang sedap walaupun kesannya tidak begitu baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat juga makanan ringan yang mampu untuk menyihatkan tubuh badan.

ADVERTISEMENT

Cendawan

Cendawan merupakan salah satu makanan rendah kalori dan mengandungi serat yang boleh membuatkan korang kenyang. Cendawan ini juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis resipi yang korang inginkan. Ini masanya untuk korang mengurangkan pengambilan makanan segera seperti pizza dan spagetti.

Yogurt

Jika korang gemar untuk mengambil susu, sudah sampai masanya untuk korang menukar susu kepada yogurt. Hal ini disebabkan rasa yogurt lebih sedap dan mengandungi kalsium yang mampu untuk menghindari lemak dari tubuh badan. Oleh itu, rajinkan diri untuk mengambil yogurt pada setiap hari.

Kacang

Jika korang suka makan keropok atau popcorn ketika menonton televisyen, kini korang boleh gantikan dengan kacang kerana ia mempunyai protein dan serat yang baik untuk mengisi perut korang yang sedang lapar. Selain itu, pengambilan kacang rebus dan kacang badam tidak akan menaikkan berat badan kita.


Avokado

Buah ini mungkin kurang menjadi perhatian berbanding buah-buahan lain yang korang ambil pada setiap hari. Hal ini disebabkan buah avokado mempunyai lemak yang boleh membuat kita menjadi gemuk. Namun lemak yang terdapat pada buah ini baik untuk jantung. Oleh yang demikian, tidak menjadi masalah jika korang ingin makan buah ini dan menjadikan ia sebagai makanan ringan.

Telur

Semua orang tahu bahawa telur mempunyai protein dan menjadi makanan wajib untuk segelintir orang pada setiap pagi. Telur juga mempunyai kalori yang rendah dan boleh membuatkan perut berasa kenyang dengan lebih lama. Jadi telur juga boleh jadikan sebagai makanan ringan ketika PKP.

OHMEDIA : TIDAK SALAH UNTUK MENGAMBIL MAKANAN RINGAN ASALKAN IA BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN

+Baca respon pembaca 5 jenis makanan ringan yang sihat untuk tubuh badan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas