Connect with us

Oh! Media

433,000 Bebas Senarai Hitam Imigresen, PTPTN

Umum

433,000 Bebas Senarai Hitam Imigresen, PTPTN

Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat-peringkat sejak 24 Mei lepas dan dijangka selesai 15 Jun ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, lebih satu juta peminjam telah disenarai hitam sejak tahun 2000 namun 655,000 orang yang telah membuat bayaran dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa sebelum ini.
“Saya jangka semua urusan yang berkaitan akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun. Maka dengan itu saya percaya bahawa janji yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, di sini hari ini.
Pakatan Harapan pada PRU14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam  yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
Mengenai janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, Maszlee berkata pihak kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik termasuk mekanisme pelaksanaan bagi  menunaikan janji itu.
Sumber : Sinar Harian

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas