Connect with us

Oh! Media

15 Orang Peluk Islam Selepas Terima Dakwah Dari Adam Corrie

Umum

15 Orang Peluk Islam Selepas Terima Dakwah Dari Adam Corrie

Walaupun beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Islam pada awalnya, namun pelakon Adam Corrie telah berjaya meng’Islam’kan kira-kira 15 orang bukan Islam semenjak beliau bergelar mualaf pada Julai 2007.

ADVERTISEMENT

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah,47 mendedahkan perkara tersebut dilakukan menerusi dakwanya di laman sosial Facebook dan Instagram.

“Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram.

“Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah.

“Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam,” ujarnya kepada mStar Online.

————————————————————

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Menurut Adam, dia juga pernah mendapat mesej dari seorang lelaki India yang menetap di Australia dan ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Malah lelaki tersebut melafazkan kalima Syahadah apabila pulang ke Malaysia dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk Islam.

“Ada seorang lelaki berbangsa India, dia orang Malaysia tetapi menetap di Australia. Dia sering bertanya tentang Islam dan maksud ayat-ayat yang saya muat naik di laman sosial.

“Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam kini juga dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

OHMEDIA: Orang mualaf lebih kuat imannya daripada orang Islam sejati. Subhanallah!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas