Connect with us

Lelaki Ini Berjaya Beli 3 Rumah Selepas 12 Bulan Tamat Ijazah. Amazing!

Umum

Lelaki Ini Berjaya Beli 3 Rumah Selepas 12 Bulan Tamat Ijazah. Amazing!

Sebelum dapat kerja tetap, saya tak rasa yang pelaburan hartanah ni adalah sesuai untuk saya.

Sebab saya tahu, pelaburan hartanah dan pembiayaan bank tidak dapat dipisahkan. Melainkan kalau kita boleh beli rumah secara tunai.

Jadi, lepas dapat kerja tetap pada September 2014, barulah saya mengatur langkah dan yakin membeli rumah pertama. Saya graduate degree pada November 2014.

Kerja mula dengan status kontrak.

Selepas 6 bulan, kontrak tamat, convert to permanent staff alhamdulillah.

Terus apply credit card sebab sebelum ni tak pernah buat loan.

Bank susah bagi home loan kepada fresh graduate yang belum pernah ada rekod pinjaman atau sebarang komitmen dengan bank.

3 bulan selepas tu, sign SNP rumah pertama.
Beberapa minggu lepas tu, sign SNP rumah kedua pula.

Rumah ketiga?
Hampir selesai insyaAllah.
Sudah sign Letter Offer daripada bank.
Doakan semuanya lancar.

Ketiga-tiga pembelian pakai teknik berbeza.

Terima kasih kepada isteri yang banyak membantu dan sama-sama berkorban bermacam-macam keinginan.

Saya berkahwin awal semasa usia 22 tahun (2013).
Semoga ramai pasangan yang kahwin awal dapat beli rumah awal.

Saya fresh graduate.
Semoga lebih ramai fresh graduate yang celik hartanah dan tidak terpedaya dengan kereta mahal.

Saya dikurniakan 2 orang anak.
Semoga kita menjadi pengurus yang baik kepada rezeki yang datang bersama kelahiran anak-anak kita.

Bagaimana saya bermula?

Ogos 2014, talk hartanah saya yang pertama adalah free sharing tentang rumah lelong daripada Tuan Shafie Bustan dan Tuan Hafiz Ejen Lelong Full di Kajang. Tapi until now tak berani masuk pasaran lelong. InsyaAllah, satu hari nanti nak cuba jugak walau sekali.

Februari 2015, talk hartanah kedua oleh Cik Rohaniah Noor di Seremban. Belajar cara nak bermula dalam pelaburan hartanah. Belajar perkara basic dalam hartanah. But for me, semua point adalah sangat penting. Newbie.

Mac 2015, hadir ke talk hartanah ketigaku iaitu Havoc Hartanah di Kuala Lumpur. Memang sangat banyak ilmu daripada event tu. Menjadikan saya lebih yakin dan nampak view yang lebih besar dalam pelaburan hartanah ni. Antara speaker pada hari tu adalah, Tuan Azizul Azli Ahmad, Tuan Faizul Ridzuan, Tuan Mohd Safuan, Cik Rohaniah Noor dan beberapa orang lagi.

Alhamdulillah. Langkah lebih teratur selepas tu.

Jun 2015, terbeli rumah pertama below 17% daripada market value. Saya mula bekerja pada September 2014 selepas tamat belajar. InsyaAllah, fresh graduate pun boleh beli rumah cepat-cepat

Perkongsian oleh Harith Faisal.

Apa Pandangan Gadis Syria Kepada Tudung Orang Malaysia?!

Dua gadis dari Syria terkejut melihat gaya tudung rakyat Malaysia. Apa yang berlaku seterusnya pasti membuat anda tersenyum.

Posted by Oh! Media on Monday, November 23, 2015

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top