Oh! Tidak
ZRASTRIM Sahkan Kapal Fair Lady Ditahan, SOS Dikeluarkan
Kapal Fair Lady dinaiki ZRA Strim didakwa ditahan Israel, 17 rakyat Malaysia terbabit flotilla Gaza masih belum disahkan.
Sejak awal pagi tadi, berita tentang kapal Fair Lady yang membawa Haji Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim menjadi tumpuan ramai. Difahamkan, sekitar jam 4 pagi waktu Gaza (9 pagi Malaysia), kapal yang dinaiki beliau telah didekati tentera laut Israel (IDF) ketika misi flotilla menuju ke Gaza.
Masih tiada pengesahan rasmi penahanan ZRASTRIM…

Melalui perkongsian di laman sosial, ada yang mendakwa ZRA telah ditahan oleh tentera Israel. Malah sebuah video terakhir beliau sebelum kejadian mula tersebar. Namun, sumber rasmi Sumud Nusantara menegaskan setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai status sebenar penahanan ZRA.
Apa yang pasti, dalam kenyataan terakhirnya sebelum komunikasi terputus, ZRA dengan tegas menyebut bahawa “tiada kapal akan berundur” walaupun beberapa kapal lain seperti Alma sudah pun dikepung IDF.
Kapal ZRASTRIM alami kerosakan enjin, buang telefon untuk elak dijejaki…

Selain berdepan ancaman dari laut, laporan juga menyebut bahawa kapal Fair Lady alami kerosakan enjin. Ini menyebabkan mereka tertinggal beberapa jam dibelakang berbanding konvoi lain.
Disebabkan itu pihak tentera laut Israel berasa curiga dengan kapal ini. Bagaimanapun, Israel mengarahkan kapal terbabit untuk berhenti berlayar dan tunggu di situ. Israel kemudian meninggal mereka kerana merasakan kapal tersebut tidak berisiko kerana kecil.
Bagi mengurangkan risiko dijejaki, kru kapal dilaporkan mengambil keputusan membuang telefon pintar sekiranya diserbu.
17 rakyat Malaysia terlibat, sebahagian sudah disahkan ditahan…
Dalam masa yang sama, misi flotilla yang disertai oleh lebih 50 kapal ini turut melibatkan rakyat Malaysia. Laporan terkini menyebut:
- 13 rakyat Malaysia pada awalnya terputus hubungan selepas kapal dipintas.
- Daripada jumlah itu, 8 disahkan sudah ditahan Israel, termasuk sukarelawan dan aktivis.
- Terkini, jumlah meningkat kepada 17 orang tidak dapat dihubungi, antaranya selebriti Heliza Helmi dan adiknya.
Seorang lagi aktivis Malaysia, Musa Nuwayri, yang berada di kapal Alma, turut mendakwa bahawa dia ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.
Misi flotilla diteruskan walau berdepan serangan…

Walaupun banyak cabaran, termasuk serangan dron, gangguan komunikasi (GPS, kamera, internet), serta kepungan kapal perang Israel, pihak penganjur Global Sumud Flotilla menegaskan bahawa misi bantuan ke Gaza tidak akan dihentikan. Kapal yang rosak akan dipindahkan kargo dan penumpangnya ke kapal lain.
Sementara itu, Israel pula mendakwa flotilla ini melanggar sekatan laut mereka dan menegaskan bantuan sepatutnya disalurkan melalui saluran rasmi. Namun kenyataan ini terus mengundang kecaman antarabangsa dengan puluhan negara, termasuk Malaysia, mendesak agar keselamatan semua peserta flotilla dijamin.
Pssttt! Ohmedia nak pesan pada korang, isu ini bukan sekadar soal politik semata-mata, tapi soal kemanusiaan. Apa yang berlaku pada Haji Zainal Rashid Ahmad dan rakan-rakan flotilla menunjukkan betapa besarnya pengorbanan mereka demi membantu rakyat Gaza. Kita yang di sini mungkin tak mampu sertai mereka di lautan, tapi sekurang-kurangnya teruskan doa, sebarkan maklumat yang sahih dan elakkan kongsi berita yang belum disahkan.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.