Connect with us

Oh! Media

Demi Dadah, Wanita Sanggup Sewakan Anak Sendiri Menjadi Pelacur

Trending

Demi Dadah, Wanita Sanggup Sewakan Anak Sendiri Menjadi Pelacur

Dek kerana hasratnya yang membeli dadah, seorang wanita tergamak menyewakan anak perempuannya sendiri untuk menjadi pelacur dengan harga 350,000 rupiah sahaja (kira-kira RM100) dan dia juga dikatakan telah melakukan perkara terkutuk itu sejak setahun yang lalu.

ADVERTISEMENT

Wanita yang berusia 42 tahu itu turut memberitahu bahawa Lelaki hidung belang adalah antara sasarannya untuk dijadikan pelanggan yang ingin melanggan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu.

Hasil risikan selepas menerima maklumat daripada orang awam, akhirnya telah membawa kepada serbuan di sebuah hotel di Jalan Dahlia di daerah Medan Tembung, Sabtu lalu. Dalam serbuan itu, polis telah menemukan mangsa yang pada ketika itu sedang berada di dalam sebuah bilik bersama pelanggannya.

Ibu mangsa yang dikatakan sedang menunggu di lobi hotel telah berjaya ditahan polis semasa sebuan itu berlaku.

Suspek mengaku telah menjadikan anaknya sebagai pekerja seks untuk mencari duit bagi menampung hidup dan juga untuk membeli dadah.

Suspek mengambil semua wang berkenaan untuk digunakan membeli barang keperluan harian selain melayan ketagihan dadahnya. – Menurut Polis.

Sememangnya dadah itu boleh membahayakan mental dan fizikal. Sekali terkena, memang tak boleh nak berfikir dengan waras lagi. Oleh itu, nasihat ‘JAUHILAH BAHAYA DADAH’ dan ‘JANGAN HAMPIRI DADAH’ hendaklah selalu kita ingat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas