Connect with us

Oh! Media

Wanita Pukul Anak Angkat Sampai Maut Lepas Tahu Sebenarnya Zuriat Suami

Trending

Wanita Pukul Anak Angkat Sampai Maut Lepas Tahu Sebenarnya Zuriat Suami

Padah terlalu ikutkan rasa marah, seorang wanita meringkuk di penjara selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak.

ADVERTISEMENT

BACA: Takut Ditinggalkan, Seorang Ibu Rela Lihat Kekasih Hati Dera Anak

Menerusi pendedahan dalam sebuah rancangan, wanita tersebut berkata, anak angkatnya yang berusia lima tahun rupa-rupanya anak suami bersama wanita lain.

Selepas rahsia terbongkar, suaminya lepas tangan dan menghilangkan diri. Dia menjadikan anak angkat sebagai tempat melepas marah.

Kali pertama budak tu masuk ke rumah saya, saya dah cakap ‘ini anak-anak aku’. Sampai satu hari di penghujung 2015, saya nak sekolahkan budak tu, suami saya cakap, ‘okay nanti bagi dia masa’.

‘Kenapa nak masa? Saya perlukan dokumen surat beranak’. Selang dua hari baru dia bagi surat beranak dekat saya. Masa tu saya cuba pujuk hati bila nampak surat beranak nama budak tu binti suami saya. Saya tengok kat bawah nama ibu tidak diketahui.

Suami cuba mengelak, dia keluar dan terus menghilangkan diri. Sebelum dia hilangkan diri, saya minta penjelasan kenapa nama dia ada dalam surat beranak.

Kata wanita ini, dia hilang sabar menyebabkan dia memukul anak angkatnya itu. Dia langsung tidak terfikir budak itu akan meninggal dunia.

@noury93xoxo akibat dendam pd kecurangan suami.. budak tak berdosa jd mangsa. #foryou #fyp ♬ bunyi asal – No0r

Wanita ini memukul anak angkatnya selama dua jam. Dia membayangkan suami ada di situ dan dia sebenarnya sedang memukul suami.

Dia mula kesiankan anak pada hari kedua selepas melihat kesan lebam di badan. Dia mengakui silap tidak membawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut. Hari keempat anak meninggal dunia.

@noury93xoxo Balas kepada @dilarasofia98 part 2 #fyp #foryou #wanitakuat #masukberanda ♬ bunyi asal – No0r

Sebelum meninggal dunia, anak angkatnya itu meminta air dan sempat mengungkapkan rasa sayang kepadanya. Wanita ini berkata dia sempat mencium dan memeluk anak buat kali terakhir. Dia juga meminta maaf di atas apa yang terjadi.

Selepas itu, dia bertindak membawa anak ke hospital. Dia mengaku sebagai ibu yang menjaga anak itu dan bapa hilang tanpa dikesan. Dua jam kemudian polis menahannya untuk siasatan lanjut.

Kredit: TikTok @noury93xoxo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas