Connect with us

Oh! Media

Takut Ditinggalkan, Seorang Ibu Rela Lihat Kekasih Hati Dera Anak

kekasih hati

Trending

Takut Ditinggalkan, Seorang Ibu Rela Lihat Kekasih Hati Dera Anak

Seorang wanita di Kota Batu, Jawa Timur Jakarta rela melihat anak perempuannya yang berumur dua tahun lima bulan didera oleh kekasih hati.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Tahan Pengetua Pusat Asuhan Warga Asing Dera Kanak-Kanak Autisme

Menurut Harian Metro, kanak-kanak ini telah didera dengan pelbagai cara seperti dicucuh puntung rokok dan disimbah air panas, namun, ibunya tetap berdiam diri kerana takut tidak akan dinikahi kekasih hati itu.

Merancang berkahwin dalam waktu terdekat

kekasih hati

Polis telah berjaya menahan lelaki itu yang berumur 25 tahun dan didakwa mengikut undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak.

Menurut Ketua Polis Batu, Nyoman Yogi Hermawan, suspek telah tinggal bersama kekasih hatinya yang berumur 19 tahun itu bersama mangsa sejak Ogos lalu sehingga kini.

Ibu mangsa dan suspek tinggal bersama kerana merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat.

Suspek disyaki melakukan penderaan itu sejak tinggal di rumah berkenaan dan ibu mangsa enggan melaporkannya kepada polis kerana bimbang perkahwinan mereka dibatalkan.

Menurut laporan, suspek mendera kanak-kanak yang tidak bersalah itu atas faktor ekonomi dan menganggap mangsa sebagai bebanan kerana mangsa bukanlah dari darah dagingnya.

Sampai hati seorang ibu sanggup melihat anaknya didera oleh lelaki seperti itu. Belum kahwin lagi sudah tunjuk belang, kalau dah kahwin, tak tahulah nasibnya macam mana.

Semoga semua wanita membuka mata dan akal untuk memilih pasangan yang benar-benar baik dan bertanggungjawab. Janganlah butakan hati dan minda demi cinta..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas