Connect with us

Oh! Media

Viral Tandas IPTA Berkerak Teruk, Pelajar Geli Sampai Sanggup Tahan Buang Hajat!

Ohmedia ateyn Featured Image 62

Oh! Tidak

Viral Tandas IPTA Berkerak Teruk, Pelajar Geli Sampai Sanggup Tahan Buang Hajat!

Baru-baru ini tular satu video di TikTok menunjukkan sebuah tandas di kolej pelajar universiti yang sangat kotor.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @jumlepakmamak. Pelajar itu merakam kotoran yang terdapat pada sinki dan seluruh kawasan tandas yang tidak bersih.

Tandas tersebut mempunyai kesan coklat yang menggelikan, serta botol syampu dan sabun mandi dibiarkan berselerak di sinki.

IKLAN

Menerusi WeirdKaya, pelajar itu berkata tandas tersebut boleh digunakan oleh semua pelajar. Tetapi memandangkan keadaan tandas begitu, ramai yang was-was untuk menggunakannya.

Mereka juga sudah cuba untuk membersihkan tandas tersebut, tetapi tidak berkesan kerana kotoran itu tidak boleh ditanggalkan.

Ohmedia screenshot 2024 07 31 143658

Kami telah cuba membersihkannya sendiri dengan pelbagai bahan kimia, berus logam, dan bahkan menggosok selama berjam-jam, tetapi tiada apa yang berkesan untuk menghilangkan kotoran yang teruk ini, katanya.

Pelajar itu juga berkata, memandangkan disitu kekurangan air ia menjadi penyebab utama pengumpulan kotoran dan kesan tersebut sukar dibuang.

Oleh itu, kami hanya dapat membersihkan tandas beberapa kali semester lalu, terutama ketika saya baru berpindah masuk kerana ia sangat menjijikkan untuk berada di sana. Saya telah membelanjakan produk yang boleh membantu membersihkannya, tetapi semua itu sia-sia.

Selain itu, pelajar tersebut juga mengesahkan bahawa isu ini berlaku di salah sebuah universiti di Sabah.

Ohmedia ateyn Featured Image 62

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas