Connect with us

Oh! Media

(Video) Disangka ‘Viral’ Kerana Abang Foodpanda, Rupanya Aksi Perakam Lebih Mendapat Perhatian

Oh! Tidak

(Video) Disangka ‘Viral’ Kerana Abang Foodpanda, Rupanya Aksi Perakam Lebih Mendapat Perhatian

Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang ‘rider’ Foodpanda yang dikatakan secara tiba-tiba datang menolong polis. Video berdurasi satu minit 24 saat itu dikatakan telah ‘viral’ di laman sosial bukan disebabkan oleh abang Foodpanda tetapi kerana perbuatan lucu si perakam.

Kejadian itu bermula apabila polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri telah ditemui berada di dalam sebuah kereta.

Di dalam video itu pihak polis dilihat cuba untuk mengeluarkan seorang individu yang berada di dalam kereta dan kemudiannya turut dibantu oleh ‘rider’ Foodpanda selepas suspek dikatakan cuba untuk melarikan diri apabila diperiksa oleh dua anggota polis. 

Perakam turut mengulas sedikit sebanyak tentang kejadian yang berlaku di depan mata mereka itu di dalam video. 

Disaat akhir video itu, si perakam dikatakan cuba untuk meluahkan rasa marahnya dengan mencarut, tetapi lain pula jadinya apabila carutannya itu telah membuatkan netizen berasa geli hati.

Kak kalau baru belajar mencarut tu, lebih baik tak payah la kak. Tak kena betul.

Aku bagi 10/10 untuk ‘action’, untuk mencarut layak dapat 1/10. Tapi lebih elok kalau tak mencarut sebab sayu je bunyinya pun.

Suka dengar dia mencarut, sopan je bunyi. Gais kalau nk cari bini, cari yang mencarut macam ni, mak korang dengar pun sejuk je hati.

Tutorial mencarut dengan sopan ada kat minit 1:09 – Komen beberapa individu di Twitter.

Apapun, respeklah abang Foodpanda sebab mampu beri kerjasama kepada pihak polis.

Kredit: Berita Harian, @tsgxy_

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top