Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Lelaki Terakam Bayang Putih Mundar-Mandir Di ‘Homestay’

Sosokputih

Trending

(VIDEO) Lelaki Terakam Bayang Putih Mundar-Mandir Di ‘Homestay’

Pelancongan merupakan sebuah aktiviti untuk mengisi masa lapang dan selalunya masyarakat akan menyewa sebuah homestay sebagai tempat untuk menginap.

BACA: (VIDEO) Ibu Cemas, Anak Main Telefon Terakam Kelibat Di Cermin

Detik-detik ketika bercuti itu terutamanya bersama keluarga pasti tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi ia merupakan tempat untuk menyatukan hubungan bersama.

IKLAN

Namun, jika melancong ke tempat lain, kita perlulah menjaga adab dan perilaku sebab orang dulu-dulu pernah berkata, pergi ke tempat orang jangan suka-suka sangat, nanti kena kacau.

Perkara itu sehingga kini menjadi kepercayaan masyarakat bagi mengelakkan perkara buruk berlaku ketika melancong bersama keluarga.

Bayang putih di homestay

Namun, pengalaman tersebut dapat dirasai oleh seorang individu ketika bercuti bersama keluarga sehingga meninggalkan ‘kenangan’ kepada dirinya.

Hal ini kerana individu tersebut berjaya merakam sesosok bayang putih sedang mundar-mandir di sebuah homestay baru-baru ini.

Video tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya bernama @Azann9 yang ketika itu sedang bersama keluarganya mengadakan Hari Keluarga di Melaka.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang pengacara majlis sedang bercakap ketika sesi penyampaian hadiah. Ketika itu, si perakam tertangkap sebuah sosok yang berlegar-legar di pintu.

Family Day keluarga aku di Melaka. Ingatkan nak bercuti, sekali ada hantu? Betul atau tidak hanya Allah saja yang tahu.

Netizen turut meninggalkan komen

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkejut dengan penampakan itu selain turut mempercayai akan keaslian video tersebut.

Screenshot 694
Screenshot 690
Screenshot 689
Screenshot 692

Selain itu, terdapat juga netizen yang turut berkongsikan pengalaman misteri yang sama ketika melancong di tempat berkenaan.

Screenshot 699
Screenshot 703
Screenshot 701
Screenshot 709

Video yang dimuat naik itu sehingga hari ini telah mencapai lebih daripada 100,000 tontonan serta mendapat 2,964 tanda suka.

Kredit: TikTok @Azann9

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas