Connect with us

Oh! Media

“Pasal Ubat Tidur Memang Kebodohan Aku” – Video Dalam Feri Dikecam, Lelaki Ini Mohon Maaf

ohmedia ubat tidur

Trending

“Pasal Ubat Tidur Memang Kebodohan Aku” – Video Dalam Feri Dikecam, Lelaki Ini Mohon Maaf

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mencetuskan reaksi pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan ibu bapa.

Dalam video berkenaan, sepasang suami isteri baru berkahwin meluahkan rasa tidak selesa mendengar kanak-kanak menangis hampir sejam setengah dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

BACA: “Belum Ada Anak Patut La Beria” – Pasangan Dikecam Gara-Gara Complain Budak Melalak Dalam Feri

IKLAN

Terbaru, individu berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan niatnya yang sebenar. Katanya, video tersebut bukan untuk memperlekehkan ibu bapa yang memiliki anak-anak aktif, hyper atau berkeperluan khas.

Lelaki ini beri penjelasan dan permohonan maaf

Malah, beliau mengaku sangat mengagumi kekuatan mereka dalam menangani pelbagai cabaran ketika anak meragam di tempat awam.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau berkata:

Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada, saya memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang sehingga menyebabkan pelbagai andaian daripada pelbagai pihak.

Beliau turut menegaskan bahawa tujuan asal video tersebut adalah untuk membuka ruang perbincangan tentang bagaimana ibu bapa menangani anak-anak yang mula meragam, bukannya untuk mengeluarkan kenyataan sinis seperti “biasalah budak-budak”.

Mengaku silap cadang beri ubat tidur

Dalam pada itu, individu ini mengaku kebodohannya meninggalkan komen supaya ibu bapa memberikan ubat tidur untuk mengawal mereka.

Ubat tidur yang aku maksudkan tu motion sickness, ini bukan u-turn. Memang itu salah statement aku.

Beliau segera memadam komen selepas sedar ianya salah namun ianya telah dirakam pengguna media sosial yang lain.

Beliau juga berharap agar segala teguran diterima dengan hati terbuka dan menyatakan kesediaan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Pssttt! Terima kasih kerana telah mengakui kesilapan dan berani meminta maaf. Korang pun janganlah mendoakan pasangan ini yang bukan-bukan. Semoga mereka menjadikan isu ini sebagai pengajaran.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas