Connect with us

Oh! Media

“Belum Ada Anak Patut La Beria” – Pasangan Dikecam Gara-Gara Complain Budak Melalak Dalam Feri

budak

Oh! Tidak

“Belum Ada Anak Patut La Beria” – Pasangan Dikecam Gara-Gara Complain Budak Melalak Dalam Feri

Baru-baru ini, sepasang suami isteri berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Kedah.

Menurutnya, ada seorang kanak-kanak meraung hampir sejam lebih tanpa henti dalam feri dan ibu bapa hanya memujuk dengan lembut.

IKLAN

Budak meraung sejam lebih dalam feri

Katanya, ketika kejadian isterinya tengah demam panas, muntah-muntah dan migraine. Dalam keadaan sebegitu, sudah tentu bunyi bising dari tangisan kanak-kanak tu memang mengganggu.

Aku dulu kalau buat hal tempat awam habis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak (iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dekat sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tapi that kid diam after dapat apa yang dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung.

Jelasnya, budak berkenaan bukan bayi kerana sudah boleh bercakap dengan jelas mengenai apa yang dikehendakinya.

Dalam video ni aku takde mengaibkan mana-mana pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tak tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. ‘Bisinglah’ mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tolong ambik dari side yang positive.

Dia juga menyeru ibu bapa lain untuk berkongsi cara masing-masing tangani anak yang tantrum bukan sekadar beri alasan “biasalah budak-budak”.

Luahan dikecam hebat netizen

budak

Namun, video yang dimuat naik pasangan ini menerima kecaman hebat daripada netizen. Mereka berpihak kepada ibu bapa yang juga tertekan berdepan dengan situasi anak meragam.

Ada yang mendakwa mereka ‘beria sangat’ sebab belum ada anak, siap sindir suruh guna perlindungan supaya tak ‘membiak’.

Pssttt! Hidup lebih harmoni sekiranya semua pihak bertoleransi dan memahami situasi tanpa menghukum mana-mana pihak. Jadi, sabarlah sikit..
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas