Connect with us

Oh! Media

(Video) 6 Bulan Di Penjara, Lelaki Dikejutkan Dengan Pusara Ibu Saat Bebas

Trending

(Video) 6 Bulan Di Penjara, Lelaki Dikejutkan Dengan Pusara Ibu Saat Bebas

Pemergian ibu bapa tersayang merupakan saat yang paling perit dalam hidup. Sebagai seorang anak, kehilangan ibu bapa ibarat separuh jiwa telah mati bersama.

ADVERTISEMENT

BACA: “Biar Tak Berebut Harta” – Viral Kubur Ibu Di Halaman Rumah, Pemuda Ini Dipuji

Seperti video viral di TikTok ini, seorang lelaki hanya mendapat tahu ibunya meninggal dunia selepas keluar penjara. Difahamkan, dia telah ditahan selama enam bulan.

pusara ibu

Selepas 6 bulan di penjara, hari ini dia bebas terus bawa jumpa mak.

Sebaik sahaja bebas, kakaknya membawa dia terus ke kawasan perkuburan. Saat kakak menyampaikan khabar duka mengenai ibu, dia terduduk seakan tidak percaya.

Adik, mama. Iya mama. Adik, mama meninggal sudah dik.

Inilah sebab aku bawa kamu datang sini. Kamu harus terima, kita semua akan mati.

Kakak yang tidak dapat menahan sedih turut menangis teresak melihat reaksi adiknya itu.

@heraalex86

##rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭

♬ Bila Tiba – UNGU

Lebih menyedihkan, selepas menziarahi pusara ibu, lelaki ini dibawa pula berjumpa pusara kakaknya yang baru sahaja meninggal dunia 10 hari lepas. Kakak menyusul selepas tiga bulan ibunya meninggal dunia.

ibu

Kita kena redha adik. Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak bagitahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP, keadaan tak mengizinkan.

Difahamkan, kedua-duanya meninggal dunia sewaktu lelaki ini berada di penjara. Dia merangkul erat batu nisan, hanya mampu tertunduk menahan perit menerima kenyataan dua insan tersayang pergi sekelip mata. Al-Fatihah.

Kredit: TikTok @heraalex86

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas