Oh! Islam
Ustaz Firdaus Firabib Umum Letak Jawatan Imam Dan Pengerusi Masjid Al Busyra
Ustaz Firdaus Firabib umum letak jawatan Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra selepas 7 tahun.
Suasana di Masjid Al Busyra, Merbok jadi sayu bila imam dan pengerusinya, Ustaz Firdaus Firabib mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook dan TikTok miliknya sejurus selesai solat Jumaat.
Ustaz Firdaus Firabib korbankan banyak perkara selama tujuh tahun…

Dalam ucapan penuh emosi, Ustaz Firdaus yang sudah memegang jawatan itu selama tujuh tahun mengakui keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Selama tujuh tahun saya cuba mengorbankan perasaan, masa dan wang ringgit untuk pembangunan Masjid Al Busyra.
Dengan ini saya umumkan peletakan jawatan sebagai imam dan pengerusi masjid berkuat kuasa hari ini.- Katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, ahli jawatankuasa serta seluruh kariah yang sentiasa menyokong sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Mohon maaf dan serah kepada pelapis baharu…

Dalam rakaman sama, Ustaz Firdaus meminta maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin pernah terasa hati sepanjang beliau memimpin masjid.
Saya minta maaf jika ada ahli jawatankuasa, pegawai atau jemaah yang pernah terasa hati dengan saya. Halalkan segala yang berlaku tanpa saya sedar.- Katanya.
Beliau menegaskan sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada pelapis baharu yang diharap mampu meneruskan segala usaha yang telah dibangunkan bersama.
Aktif berdakwah di TikTok, infak lebih RM42,000…

Selain peranan rasmi sebagai imam, nama Ustaz Firdaus juga dikenali di media sosial melalui platform TikTok yang digunakan untuk berdakwah dan mengumpul dana.
Sejak mula berkecimpung, beliau berjanji untuk menyerahkan sepenuhnya hadiah maya (gift) kepada masjid.
Saya tidak pernah mengambil satu sen pun daripada gift TikTok, semuanya saya infakkan kembali kepada masjid. Sehingga kini lebih RM42,000 sudah disalurkan.- Jelasnya.
Operasi kedai nasi Arab di kawasan Masjid turut ditamatkan…
Dalam pada itu, Ustaz Firdaus memaklumkan bahawa kedai nasi Arab Al-Busyra Bistro yang beroperasi dalam kawasan masjid juga akan ditamatkan pada 12 Oktober ini. Kedai tersebut akan diserahkan semula kepada pihak masjid untuk diuruskan.
Walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi, beliau menegaskan tetap akan membantu sehingga beberapa perancangan yang sedang dijalankan dapat diselesaikan sepenuhnya.
Pssttt! Kadang-kadang bila kita dah terlalu lama pegang tanggungjawab, sampai satu masa kita kena lepaskan juga untuk bagi peluang kepada orang lain sambung perjuangan. Ohmedia rasa apa yang dilakukan oleh Ustaz Firdaus ni satu contoh ikhlas dalam kepimpinan. Korang pun, dalam hidup masing-masing, jangan takut untuk berundur bila sampai waktunya. Kadang-kadang, itu yang terbaik untuk semua pihak.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.