Connect with us

Oh! Media

Ustaz Ebit Lew Lawat Adik Siti Nur Azizah, Beri Hadiah iPhone

Trending

Ustaz Ebit Lew Lawat Adik Siti Nur Azizah, Beri Hadiah iPhone

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 17 tahun bersama teman lelakinya telah cedera diserang serta disamun tiga lelaki di Jalan Kuching menghala ke Jinjang.

ADVERTISEMENT

BACA: Ebit Lew Kantoikan Kehamilan Intan Ladyana

Ketika kejadian, mangsa didatangi oleh dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu sebelum bertindak menarik tangan mangsa dalam kejadian 12.15 tengah malam.

Mangsa, Siti Nur Azizah, dikatakan telah melarikan diri, namun sekali lagi dihimpit dan menendang motosikal mangsa sehingga terjatuh. Suspek dipercayai turut melarikan motosikal milik mangsa.

Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan sebelah tangannya dan sehingga kini, operasi mengesan suspek masih giat dilakukan.

Ebit Lew melawat adik Azizah

Kejadian itu turut mendapat perhatian daripada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang bertindak menziarahi adik Azizah.

Menerusi hantarannya di laman Facebook, Ebit Lew telah memberikan sumbangan iaitu sebuah telefon pintar jenama iPhone kepada mangsa yang merupakan seorang peniaga dalam talian.

Selain itu, pendakwah tersebut turut menzahirkan rasa sedih dan sebak berikutan tragedi yang menimpa gadis berusia 17 tahun berkenaan.

Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika bekerja menjual barang secara dalam talian dan menghantar barang dengan motosikalnya.

Cedera parah sehingga tangan kanan kena potong sehingga bahu, motosikalnya juga dicuri.

Menurutnya, Ebit lew turut menyumbangkan sedikit wang tunai kepada mangsa serta emaknya selain mengakui kasihan melihat Azizah yang tidak memiliki telefon bimbit untuk berniaga.

Saya hadiahkan sebuah iphone dan sedikit wang tunai buat adik ini dan emaknya. Adik ini baik sangat, dia tidak memiliki telefon bimbit untuk buat perniagaan secara dalam talian di laman Instagram.

Kehilangan ayah 3 tahun lepas

Tambahnya lagi, ayah kepada Nur Azizah telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas dan dia mula berniaga bagi membantu keluarga.

Ayah meninggal dunia 3 tahun lepas. Semenjak itu Nur Azizah kerja berniaga online live bundle dari 3 tahun lepas. Tak sekolah kerana nak bantu keluarga.

Dia juga turut menzahirkan rasa syukur atas bantuan orang ramai kepada adik Nur Azizah serta turut berkongsikan doa dan amalan yang boleh dilakukannya.

Kredit: Facebook Ebit Lew I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas