Connect with us

Oh! Media

Tular Video Ibu Beri Anak 6 Bulan Makan Bubur, Seorang ‘Nurse’ Tampil Beri Teguran

Trending

Tular Video Ibu Beri Anak 6 Bulan Makan Bubur, Seorang ‘Nurse’ Tampil Beri Teguran

Anak merupakan anugerah istimewa yang dikurnia oleh Allah SWT kepada umatnya yang telah menjalani fasa perkahwinan.

ADVERTISEMENT

BACA: Hadapi Masalah Kewangan, Terpaksa Beri Bayi Minum Teh

Ia menjadi tanggungjawab mereka bagi menjaga serta mendidik anak supaya membesar dalam persekitaran yang sihat serta berdisiplin.

Namun, terdapat juga kejadian memaparkan pasangan suami isteri yang sanggup memberikan makanan yang tidak sepatutnya kepada anak yang ketika itu masih menggunakan susu badan.

Tular ibu beri anak 6 bulan makan bubur

Sumber: majalahpama

Perkara sama juga turut berlaku apabila terdapat sebuah kejadian membabitkan seorang ibu yang sanggup menyuapkan anaknya yang berusia 6 bulan dengan bubur.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang jururawat di aplikasi TikTok miliknya bernama @akakmisisukamakeup yang memberi teguran terhadap video tular itu.

Menerusi video tersebut, nurse berkenaan telah memberikan amaran kepada para ibu supaya tidak memberikan makanan berat kepada bayi yang berusia kurang dari 6 bulan.

Menurutnya, bayi berumur kurang 6 bulan hanya memerlukan susu badan atau susu formula dan tidak memerlukan sebarang makanan.

https://www.tiktok.com/@akakmisisukamakeup/video/7011663364715777307?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514
link TikTok

Kesan buruk kepada bayi

Menurutnya lagi, bayi yang diberikan makanan seperti bubur pada usia kurang 6 bulan akan memberikan kesan buruk kepada sistem pencernaannya kerana masih belum ‘berfungsi’.

Bayi yang diberi makan sebelum 6 bulan sangat mudah untuk mengalami cirit birit dan sembelit. Sistem pencernaan mereka masih belum mampu bekerja keras untuk memproses makanan pepejal.

Sel-sel pada usus bayi masih belum bersedia menerima makanan yang mengakibatkan alahan dan tindak balas imun.

Mengakhirinya videonya, dia turut memberikan nasihat kepada para ibu supaya tidak melakukan kesilapan asas dalam membesarkan anak-anak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Tanda-tanda bayi bersedia makan makanan pepejal

Menurut Hello Doktor, ibu bapa boleh mengesan sama ada anak mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal melalui tanda-tanda berikut.

Namun, bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekali gus, ia hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian ibu bapa.

1. Dapat mengawal gerakan kepala. Bayi anda patut mampu menjaga kepalanya dalam kedudukan tegak dan mantap tanpa bantuan orang dewasa atau penjaga.

2. Peningkatan berat badan dengan ketara. Kebanyakan bayi boleh makan makanan pejal apabila mereka bertambah dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran dan sekurang-kurangnya lebih tua daripada 4 bulan.

3. Semakin berselera. Bayi anda seolah-olah makan lebih banyak, walaupun anda memberikan lapan atau sepuluh penyusuan susu ibu atau susu formula sehari.

4. Tertarik dengan makanan anda. Anda mungkin mendapati bayi anda melihat apa yang anda makan dan meminta atau menjangkau tangannya untuk mengambil makanan tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

5. Tidak lagi mempunyai refleks tujah lidah. Jangan tawarkan makanan pejal kepada bayi jika dia terus menolak makanan pejal daripada mulutnya secara automatik.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dilakukan semua bayi yang sering disalah tafsir sebagai tanda inginkan makanan pepejal.

Oleh itu, Ibu bapa digalakkan untuk berhati-hati terhadap tanda-tanda tersebut dan dinasihatkan untuk mendapat nasihat pakar agar tidak berlaku sebarang masalah.

Kredit: TikTok @akakmisisukamakeup

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas