Trending
Tular Kelibat Menteri Ini Merokok Di Kedai Makan, Netizen Tuntut Tindakan Tegas!
Baru-baru ini, tular satu foto di laman sosial menunjukkan kelibat seorang menteri sedang merokok di sebuah restoran di Pekan Rantau, Negeri Sembilan.
Menerusi X, foto itu memperlihatkan menteri tersebut duduk bersama sekumpulan lelaki sambil merokok di dalam premis yang sepatutnya menjadi kawasan larangan merokok.
Tindakan menteri undang tidak puas hati netizen
Individu yang memuat naik gambar itu menyatakan kekesalannya dengan tindakan menteri tersebut dan mempersoalkan sikap golongan atasan yang dilihat seolah-olah tidak menghormati undang-undang.
“Ingatkan kedai makan adalah kawasan larangan merokok. Tapi Menteri balik kawasan berasap di kedai makan rilek je.
Netizen persoal undang-undang

Ramai netizen menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan mendakwa bahawa undang-undang larangan merokok hanya seperti dikuatkuasakan terhadap rakyat biasa, manakala golongan atasan dilihat kebal daripada tindakan undang-undang.
Ada juga yang menyarankan agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas dengan menyaman menteri tersebut supaya perkara ini tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Netizen berharap insiden ini membuka mata pihak berwajib untuk memastikan undang-undang dihormati tanpa mengira kedudukan seseorang.
#OhmediaNasihat
Hormat kepada undang-undang perlu bermula dari pemimpin untuk dijadikan teladan kepada rakyat. Peraturan seperti larangan merokok bukan hanya untuk menjaga kesihatan tetapi juga melindungi hak orang awam. Setiap individu, tanpa mengira status, harus mematuhi undang-undang demi kebaikan bersama.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM