Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Tengku Hassanal Akan Berkahwin, Ini Respon Istana Pahang

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 04t104208843

Trending

Tular Dakwaan Tengku Hassanal Akan Berkahwin, Ini Respon Istana Pahang

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita membuat dakwaan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan bersama KPDM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi satu kenyataan, Istana Pahang telah menafikan dakwaan mengenai istiadat perkahwinan tersebut.

Pihak istana memaklumkan hantaran yang dikongsikan oleh seorang individu di Instagram yang memaparkan satu kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’ adalah palsu.

IKLAN

Maklumat palsu, tiada Istiadat Perkahwinan membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang ketika ini.

Istana Pahang menafikan ada sebarang kaitan dengan satu hantaran atau maklumat palsu berkenaan Perkahwinan Diraja melibatkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang tular di laman media sosial Instagram sejak 24 September lalu.

Susulan daripada itu, Istana Pahang menegaskan maklumat yang tular di media sosial tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuatnaik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 04t104208843

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami:


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas