Connect with us

Oh! Media

Tragedi Sungai Korok: Mara Jadikan Putri Qisya Anak Angkat, Masuk MRSM Tahun Depan

Ohmedia putri Qisya

Trending

Tragedi Sungai Korok: Mara Jadikan Putri Qisya Anak Angkat, Masuk MRSM Tahun Depan

MARA jadikan Putri Qisya anak angkat, masuk MRSM tahun depan.

Tragedi menimpa 6 sekeluarga yang mati lemas selepas kereta terjunam ke dalam Sungai Korok di Jitra, Kedah benar-benar meruntun hati ramai.

Yang tinggal hanyalah anak sulung keluarga itu yang dikenali sebagai Putri Qisya Nur Izzat, 12 tahun. Pada hari kejadian, Putri Qisya tak ikut keluarganya dan bermalam di rumah nenek.

BACA: “Ayah Cakap Jangan Sedih” – Tragedi Sungai Korok, Arwah Hadir Dalam Mimpi Anak Sulung

IKLAN

Terbaru, Kosmo! melaporkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengumumkan akan menjadikannya Putri Qisya sebagai anak angkat.

Berita ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut menziarahi dan memberi nasihat kepada Qisya agar kekal tabah menghadapi ujian besar dalam hidupnya.

Disokong hingga menjejak kaki ke universiti

Putri Qisya

Zahid turut memberi galakan kepada Putri Qisya untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih cerah.

Menurut Zahid lagi, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bersedia menerimanya tahun hadapan dengan persetujuan daripada neneknya.

Masuk MRSM tahun depan

Sungai Korok

Saya telah nasihatkan adik ini supaya menjadi anak yang solehah kerana doa anak solehah kepada ibu bapa tiada hijab. Saya minta dia sentiasa membaca al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik beradiknya yang telah pergi.

Tambah beliau, kerajaan juga akan terus menyalurkan bantuan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan anak yatim piatu itu terjamin.

Selain itu, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek memberi jaminan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan membantu menguruskan semua keperluan Putri Qisya.

Pssttt! Kesungguhan pihak kerajaan dan Mara untuk memastikan masa depan Putri Qisya terbela memberi sedikit kelegaan. Semoga adik Qisya terus kuat dan berjaya dalam kehidupan akan datang.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas