Trending
“Ayah Cakap Jangan Sedih” – Tragedi Sungai Korok, Arwah Hadir Dalam Mimpi Anak Sulung
Enam sekeluarga maut di Sungai Korok, anak sulung mimpi arwah ibu ayah minta jangan sedih.
Tak ada apa yang lebih menyayat hati daripada kehilangan insan tersayang sekelip mata. Itulah yang dilalui seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Puteri Qisya Nur Izzat, apabila seluruh keluarganya maut dalam nahas di Sungai Korok, Kedah.
BACA: Bomba Dedah Keadaan Enam Beranak Dalam Kereta
Memetik laporan Harian Metro, Qisya mendedahkan dia didatangi arwah ayahnya yang menasihatinya supaya tidak bersedih.
Ayah datang dalam mimpi, beritahu jangan sedih

Sebaik terjaga, dia menuju ke ruang tamu dan melihat nenek serta saudara-mara sedang menangis sambil berkata, “kakak, jangan sedih, kami akan jaga kakak.”
Pada saat itu, dia baru mengetahui keluarganya telah pergi buat selama-lamanya.
Pagi tadi saya mimpi ayah cakap jangan sedih, kami (ayah dan ibu) akan jaga kakak dari jauh, ramai akan ambil berat pasal kakak.
Menurut Qisya, malam sebelum kejadian, dia sepatutnya ikut bersama keluarga, namun buat pertama kalinya dia ‘malas’ dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah nenek di Jerlun.
Paginya, apabila bangun dan melihat berita, dunianya runtuh apabila diberitahu bahawa semua ahli keluarganya sudah tiada.
Tinggal bersama tok di Jerlun

Kini, Puteri Qisya hidup sebagai anak yatim piatu dan akan tinggal bersama neneknya di Jerlun.
Dilaporkan tragedi itu berlaku sewaktu ibu bapanya dan adik-adik pulang dari rumah saudara di Jitra. Arwah bapa, Mohamad Azim dalam perjalanan pulang kerana perlu masuk kerja sebagai pengawal keselamatan.
Pssttt! Semoga Puteri Qisya terus kuat menjalani hidup yang mendatang, dan orang ramai dapat memberi sokongan serta kasih sayang kepadanya. Al-Fatihah buat seluruh keluarga yang terkorban.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 15 hours ago