
Trending
Tidak Tahan Sakit Perut, Suami Dikecam Teruk Tayang Isteri Mahu Pakai Lampin Anak
Oleh
Zaman kini, setiap orang mempunyai platform media sosial sendiri untuk mereka berkongsikan pelbagai perkara seperti rutin harian, masakan, mempromosi produk dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.
BACA: Selak Baju Noki Ketika Sesi Temu Ramah, Wartawan Ini Teruk Dikecam Netizen
Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai sifat malu dan masih boleh berfikir mana satu yang baik serta buruk, setiap content yang ingin di muatnaik pasti akan difikirkan dahulu risikonya.
Pakai lampin anak sebab tak tahan sakit perut
Namun, baru-baru ini seorang influencer di TikTok telah memuat naik satu video yang mengundang kecaman daripada netizen kerana dianggap memalukan isterinya.
@azry.vs__ anak pkai pempes❎ ibu pkai pempes anak✅ @Yaya Mekcekk #fyp #funny ♬ bunyi asal – azry. vs__
Menerusi video yang dimuatnaik itu, kelihatan isterinya yang juga merupakan influencer genit yang sememangnya dikenali ramai mahu memakai lampin anak kerana sudah tidak tahan untuk menahan sakit perut.
Jika lihat daripada raut wajah si isteri, memang jelas dia tidak berasa selesa apabila si suami merakam ketika dirinya dalam keadaan seperti itu walaupun lelaki berkenaan hanya menganggap semua itu adalah gurauan.
Aib isteri tu janganlah ditayang
Perkongsian yang mendapat tontontan hampir 4.5 juta penonton itu mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata mengecam tindakan lelaki itu yang menayang aib isterinya di khalayak ramai.


Haihhh perkara macam ini pun hendak ditayang di media sosial, ada perkara yang kita boleh kongsi, ada perkara yang tidak wajar dikongsi.
Kredit: TikTok azry.vs_ _
