Connect with us

Trending

Terlalu Rindukan Arwah Cikgu Istiqomah, Anak-Anaknya Sering Termenung Dan Berdiam Diri

Baru-baru ini, kisah Cikgu Istiqomah yang hilang sejak 2023 sangat menyayat hati warga maya.

Menerusi laporan Sinar Harian, suami kepada Cikgu Istiqomah iaitu Mohd Yusoff Mokhtar mengakui bahawa dia merasa sedih melihat ketiga-tiga anaknya merindui ibu mereka.

IKLAN

Katanya, dia telah menjelaskan kepada anak-anaknya tentang apa yang berlaku, dan dia juga harus menjaga emosi mereka ketika menonton berita tentang ibunya di kaca televisyen.

Anak sulung terutamanya, suka curi-curi tengok gambar arwah kerana dia rindu.

Tapi bila perasan saya melihat tindakannya itu, dia akan sembunyikan gambar kerana tidak mahu saya bersedih.

Tambahnya lagi, kadang kala anaknya akan termenung serta berdiam diri dan membisu, kemungkinan disebabkan terlalu rindukan arwah.

Ketika anak-anaknya menangis mereka juga sering memanggil ‘mama’, namun Mohd Yusof berkata dia harus kekal tenang dan memberi kekuatan kepada anak-anaknya.

Walau bagaimanapun, Mohd Yusof berharap agar orang ramai tidak menyebarkan fitnah mengaitkan lelaki yang didakwa itu sebagai bekas kekasih isterinya kerana mereka berdua hanya berkawan di maktab perguruan sebelum ini.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas