Trending
Terkini! Pendakwaan Kes Zara Qairina Libatkan 5 Remaja Wanita
Lima remaja didakwa hari ini di Mahkamah Kota Kinabalu berhubung kes kematian Zara Qairina, 13 tahun.
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila lima remaja dijangka didakwa berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun.
Menurut laporan Harian Metro, orang ramai termasuk petugas media dan anggota keselamatan sudah pun berkumpul di lokasi seawal jam 7 pagi bagi mengikuti perkembangan kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini.
5 remaja akan dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak
Menurut laporan, kelima-lima remaja terbabit dijangka dihadapkan ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.
Difahamkan, mereka akan dibawa dari Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah terus ke mahkamah.
Dalam pada itu, Persatuan Undang-undang Sabah menegaskan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang mana-mana pihak daripada menyiarkan atau berkongsi maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding.
Latar belakang tragedi kes Zara Qairina

Kes ini menyentuh hati ramai apabila Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada pagi 16 Julai lalu.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai, sehari selepas kejadian.
Pssttt! Kes ini mengingatkan kita bahawa isu keselamatan dan kesejahteraan anak-anak perlu dipandang serius. Lindungi mereka, kerana setiap nyawa amat berharga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.