Connect with us

Oh! Media

“Tak Pernah Minum Air Manis, Tapi Saya Yang Kena Kencing Manis” – Influencer Hidap SLE Luah Rasa Sedih

Ohmedia mira Kuku

Trending

“Tak Pernah Minum Air Manis, Tapi Saya Yang Kena Kencing Manis” – Influencer Hidap SLE Luah Rasa Sedih

Influencer TikTok dikenali sebagai Mira Kuku menangis meluahkan keinginannya untuk merasai minuman berkarbonat.

Difahamkan, Mira menghidap penyakit autoimun iaitu Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menyebabkan dirinya terdedah kepada pelbagai penyakit yang lain.

“Tak adil tahu tak?” – Influencer menangis teringin minum air gas

Menerusi siaran langsung di TikTok, pempengaruh ini berkata hidupnya tidak adil kerana disahkan menghidap diabetes walaupun seumur hidup tidak pernah minum manis.

IKLAN

24 tahun tak pernah minum air gas, salah ke saya nak rasa air gas? Air manis? Tak adil tahu tak 24 tahun saya tak pernah minum manis, lepas tu saya yang kena kencing manis. Bagi la saya rasa nikmat minum air manis.

Luahnya lagi, penyakit yang dihadapinya membuatkan dia perlu berpantang dan menjaga makan. Dia tidak boleh menikmati makanan kegemaran ramai seperti ayam, telur, daging, santan dan sebagainya.

Tak tahan kena pantang makan

Mira Kuku 2

Pempengaruh ini berkata, dia hanya dibenarkan makan nasi bersama sayur brokoli dan ikan. Soalnya, adakah orang lain mampu bertahan jika menghidap penyakit sepertinya.

Malah, dia juga mengadu sering dimarahi ibu dan suami jika melanggar pantang makanan. Mira bagaimanapun meminta maaf bersikap emosi mungkin disebabkan sedang haid.

#OhmediaNasihat

Sedihnya tengok Mira menangis. Rasanya tak semua orang mampu menghadapi ujian seperti yang dihadapi Mira. Didoakan semoga beliau terus kuat semangat.

Ohmedia mira Kuku

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @aira_huz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas