Oh! Artis
“Jumaat Terakhir Aku Di Sini” – Jep Sepahtu Ucap Selamat Tinggal Lepas 10 Tahun Bersama Sinar!
Jep Sepahtu tinggalkan Sinar selepas 10 tahun berkhidmat dan ucap terima kasih kepada bekas bos yang dianggap seperti keluarga.
Siapa sangka, selepas 10 tahun menjadi sebahagian daripada keluarga besar Sinar, pelawak popular Jep Sepahtu akhirnya melangkah pergi juga.
BACA: Mamat Imbau Kenangan Dulu-Dulu, Shuib Pernah Gaduh Besar Dengan Jep Sampai Nak Bertumbuk
Perkongsian penuh emosi itu dimuat naik sendiri oleh Jep di Instagram miliknya. Menurutnya, perjalanan panjang selama sedekad itu menyaksikan banyak fasa dalam hidupnya berubah, daripada bujang, berkahwin, hinggalah kini bergelar bapa.
“Hari Jumaat terakhir aku di sini” – Jep

Dalam ucapan penuh penghargaan, Jep tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak @sinar_my atas peluang dan jasa yang diberi selama ini.
Lebih menyentuh hati, dia turut menyatakan rasa hormat yang tinggi terhadap bekas bosnya, Shidah Khasim, yang dianggap seperti kakaknya sendiri.
Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi ke mana hala tujunya selepas ini, ramai rakan selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat untuk fasa baharu Jep.
Pssttt! 10 tahun bukan masa yang singkat. Jelas terpancar rasa syukur dan kasih sayang Jep terhadap tempat kerjanya. Semoga perjalanan baru Jep dipermudahkan dan terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.
Kredit: IG Jep Sepahtu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM