Trending
SPRM Sahkan Siasatan Kes Menantu Muhyiddin Selesai, Tapi Masih Sukar Bawa Pulang Ke Malaysia
Baru-baru ini, tular dakwaan menyatakan ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat selepas melarikan diri lebih dua tahun lalu.
Individu tersebut dipercayai dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.
“Sudah selesai siasatan, tapi masih susah nak bawa pulang”
Terbaru, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan kes tersebut telah selesai sepenuhnya.
Menurut Azam, ketika ini tanggungjawab SPRM adalah memastikan pertuduhan terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya, Mansoor Saat, dapat dijalankan di Malaysia.
Namun, usaha membawa pulang kedua-dua individu tersebut berdepan cabaran besar kerana melibatkan faktor antarabangsa termasuk pengesanan aset di luar negara.
Sudah tentu sukar (membawa mereka pulang) dan sudah sekian lama kita mengesan mereka.
Tambah beliau, proses mengenal pasti aset di luar negara memerlukan kerjasama dengan negara lain dan akan mengambil masa panjang.

Malah, negara luar turut meneliti sama ada aset yang dikaitkan dengan Muhammad Adlan benar-benar relevan dengan siasatan dijalankan oleh SPRM.
Negara-negara lain akan bertanya, adakah aset (dikaitkan dengan Muhammad Adlan) mempunyai kaitan dengan siasatan kita. Kita perlu memastikan ‘the rule of law’ di negara berkenaan.
Azam turut mendedahkan bahawa SPRM kini sedang mengenal pasti aset-aset yang dipercayai milik Muhammad Adlan termasuk kemungkinan ia dimiliki melalui proksi.
Setakat ini kami percaya dia mempunyai aset di luar negara. Jika tidak, bagaimana dia mampu untuk tinggal di sana.
Mengulas lanjut, beliau percaya Muhammad Adlan kini menggunakan pasport lain selepas pasport Malaysia miliknya dibatalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Setakat ini, lokasi sebenar Muhammad Adlan masih belum dapat dipastikan.
Pssttt! Walaupun siasatan kes ini sudah selesai, cabaran sebenar kini terletak pada usaha membawa pulang suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Oh! Media berharap kerjasama antarabangsa dapat membantu menyelesaikan kes ini dan keadilan akhirnya ditegakkan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.