Connect with us

Oh! Media

‘Solat Jumaat Maksimum 30 Jemaah, Solat Fardhu Lima Waktu Pula Dihadkan Pada 5 Orang Saja’ – JAWI

B783afbc 491d 4c35 8db0 7fca564637d3

Trending

‘Solat Jumaat Maksimum 30 Jemaah, Solat Fardhu Lima Waktu Pula Dihadkan Pada 5 Orang Saja’ – JAWI

Korang masih boleh menunaikan Solat Jumaat di masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah Persekutuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bilangan maksimum seramai 30 jemaah. Tapi untuk solat fardhu lima waktu pula hanya dihadkan kepada 5 orang sahaja yang terdiri daripada anggota jawatankuasa dan pegawai masjid.

Walaubagaimanapun, semua aktiviti mengimarahkan masjid adalah ditangguhkan bagi berjaga-jaga sekaligus dapat mencegah wabak ini daripada dijangkiti ramai kata Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Laungan azan solat fardu lima waktu hendaklah diteruskan seperti biasa selain penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) di peringkat masjid, surau Jumaat dan surau.

Penyediaan ruangan khas solat bagi musafir, pemandu teksi, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan seumpamanya.

Ketetapan ini berkuat kuasa mulai 13 Januari 2021 (esok) mulai solat fardu Subuh sehingga PKP ditamatkan.

Marilah kita sesama umat Islam terus berdoa supaya wabak Covid19 di negara kita ni berakhir dengan cepat. Apapun, korang jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan ya gais.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas