Sherry Alhadad iaitu pelakon dan pengacara tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan rakan baiknya, aktres Nad Zainal sudah tidak bertegur sapa.
Menurut Sherry, dia dan Nad Zainal tidak ada sebarang masalah cuma mereka kesibukkan kerja menjadi faktor utama tidak berhubung untuk sekian lama.
IKLAN
Kali terakhir saya berhubung dengan dia pada waktu sebelum dia berkahwin. Saya sibuk dan dia pun sibuk jadi kami tak sempat lagi nak berinteraksi sesama kami.
Tetapi saya masih lagi berhubung dengan ibu bapa dia cumanya dengan dia saya masih belum berhubung lagi.
Pada saya sebab masing-masing pun dah ada tanggungjawab, dah ada kebahagiaan masing-masing. Saya dengan tugas saya dan dia dengan tugas dia.
Tapi saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesihatan dia daripada jauh. Kami kenal dari usia kami 17 tahun lagi.
Sherry yang berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui sewaktu sidang media dan tayangan perdana drama B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur pada Khamis.
Malah, pelakon dan pelawak itu turut berkata sebagai seorang kawan baik dia amat gembira melihat kebahagiaan yang diperoleh Nad selepas dia mula sihat dan berumah tangga.
Saya sangat gembira sebab dia pun dah menemui kebahagiaan dia, dia pun bakal menimang cahaya mata yang baharu nanti.
Berkat doa dan juga usaha kawan-kawan yang membantu ketika beliau memerlukan tu saya rasa bersyukur.
Sebagai seorang sahabat, itulah tugas kita. Maksudnya bukan dalam senang je, ketika susah tu apa yang kita boleh bantu.
Sebelum ini kami ada kongsikan kisah pelakon Nad Zainal yang ditidurkan dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.