Connect with us

Oh! Media

“Stabil Tapi Keadaan Tak Berapa Okey” – Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan

Oh! Artis

“Stabil Tapi Keadaan Tak Berapa Okey” – Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan

Pelakon Ungku Ismail Aziz memohon orang ramai mendoakan kesihatan rakan baiknya Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ungku berkata, Nad dimasukkan ke wad selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Saya pohon doa-doa semua kepada Nad Zainal yang dimasukkan ke ICU hari ini kerana jangkitan kuman di paru-paru. Beberapa prosedur dijalankan dan menurut doktor dia stabil, tapi keadaannya tak berapa okey (tak sihat).

Sementara itu, rakan baik pelakon drama Matahari Tak Bercahaya ini iaitu Aina Liza berkata dia baru mendapat kebenaran keluarga untuk berkongsi berita itu dengan media.

Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

Sama-sama kita doakan semoga Nad kembali sembuh dan kembali ke pangkuan anak-anak. Amin.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas