Connect with us

Oh! Artis

Shaheizy Sam Naik Berat Badan Lebih 20 Kg, Demi Lakonkan Satu Watak Dalam Filem

Pelakon terkenal Shaheizy Sam baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila penampilannya sudah berubah.

Dia sanggup menaikkan berat badannya lebih 20 kilogram kerana ingin melakonkan watak dalam satu filem.

IKLAN

Katanya, dia telah mengambil masa empat bulan untuk menaikkan berat badannya daripada 70kg ke 90kg.

Saya paksa diri makan makanan tidak sihat yang tinggi lemak, gula dan minyak serta makanan segera seperti burger dan ais krim.

Memang saya berasa perubahan yang tidak bagus bila berat badan naik mendadak. Kesannya saya cepat penat, letih, mengantuk dan cepat berpeluh.

Sebelum ini pada tahun 2020, Sam juga pernah melakukan perkara yang sama untuk memainkan watak dalam filem berjudul Indera.

Saya berlakon kerana minat mendalam dan sanggup menaikkan berat badan untuk menjiwai watak. Selepas projek filem itu selesai, saya akan turunkan semula kepada berat badan asal kerana ia penting untuk kesihatan.

Pada masa sama, saya juga baru lancarkan produk untuk menurunkan berat badan dan pastinya penting untuk saya kembali kepada berat badan asal untuk meyakinkan orang.

Apabila ditanya tentang penerimaan isterinya, Syatilla Melvin, Sam berkata Syatilla turut gembira apabila dia menaikkan berat badan kerana mereka dapat sama-sama menikmati makanan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas