Connect with us

Oh! Media

Shaheizy Sam Dedah Isteri Tiada Masalah Dan Suka Lihat Babak Tayang Badan Sado

shaheizy sam syatilla ohmedia

Oh! Artis

Shaheizy Sam Dedah Isteri Tiada Masalah Dan Suka Lihat Babak Tayang Badan Sado

Bukan senang nak dapat badan sado dan berketak macam pelakon Shaheizy Sam dalam filem Polis Evo 3. Kena banyak berkorban, lagi-lagi bab makanan ni kena disiplin yang tinggi.

Sam pun akui susah untuk miliki badan sasa yang dapat dilihat penonton kerana dia merupakan seorang yang sangat menikmati makanan dan akan gemuk jika tiada kerja.

Disebabkan tuntutan kerja, Shaheizy Sam sanggup tahan nafsu makan..

Secar jujurnya saya susah nak dapat six pack sebab saya sangat menikmati makanan dan kalau tiada kerja memang saya gemuklah.

Sewaktu PKP, masa Februari dulu, saya ok lagi sebab baru lepas habis penggambaran. Tetapi bulan September saya dah berisi sangat. Tetapi, fasal kerjalah saya boleh turunkan berat badan.

Syatilla Melvin ok ke tu suami tayang badan sado?

Menjawab tentang reaksi Syatilla Melvin tentang babak tayang badan, Sam mendedahkan isterinya tidak kisah dan suka akan perubahan badannya.

IKLAN

Syatilla okay sahaja, mungkin sebab dia pun jarang dapat lihat saya seperti itu. Jadi, dia beri sokongan dan nampaklah dia suka usaha saya nak capai sesuatu perkara.

Untuk info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, dan Sarima Samhiezy, 3 dan Salama Samhiezy, 1.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas