
Trending
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan, Ini Rupanya Sebab Utama Mereka
Platform X kembali riuh, apabila sekumpulan wanita tidak mahu memilih lelaki dari pantai timur, khususnya Kelantan untuk dijadikan pasangan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Perbincangan hangat ini berlaku adalah respon kepada sebuah video temu bual, seorang wanita bertanya kepada beberapa individu berkenaan lelaki dari negeri mana yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
Dialek yang sukar difahami dan jarak negeri antara sebab penolakan

Ketika ditanya mengenai alasan, mereka menjelaskan bahawa tiada sebab khusus lelaki Kelantan tidak menjadi pilihan, melainkan kerana faktor dialek dan jarak lokasi yang dianggap jauh.
Sebahagian pula berkongsi pengalaman peribadi, manakala yang lain sekadar terpengaruh dengan cakap-cakap yang didengar mengenai lelaki dari negeri tersebut.
Netizen kongsi pengalaman
Pelbagai reaksi turut dilontarkan oleh netizen di ruangan komen. Rata-rata ada yang kurang menyenangkan, namun ada juga yang positif.



#OhmediaNasihat
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan, budaya dan tradisi yang tersendiri, termasuk Kelantan. Namun, kita perlu ingat bahawa sifat atau tingkah laku seseorang tidak ditentukan semata-mata oleh tempat asal mereka. Adalah tidak adil juga, untuk menghukum gender atau sebuah tempat hanya kerana pengalaman buruk dengan segelintir individu.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Platform X
