Connect with us

Oh! Media

Trending

“Saya Tak Nak Orang Luar Nilai Cara Saya Besarkan Anak” – Fatin Afeefa Ada Sebab Rahsiakan Kehamilan

Selebriti media sosial, Fatin Afeefa baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai dengan berita bahawa dia sudah tujuh bulan melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan pempengaruh, Aliff Awang.

Fatin berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia menyembunyikan berita kelahiran tersebut.

IKLAN

Menurut Fatin, dia merahsiakan perkara itu bagi mengelakkan tohmahan dan tidak mahu orang luar menilai bagaimana cara dia dan suami membesarkan anak.

Dia juga berasa tenang ketika melalui tempoh kehamilan dan bersalin.

Kenapa ambil masa lama untuk umum sudah bersalin? Sebab saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak.

Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang. Sangat tenang apabila semua orang tidak tahu saya hamil dan beranak.

Selama saya rahsiakan, tiada orang yang beri saya nasihat yang tidak patut saya minta (unnecessary advice).

Untuk elak fitnah dan tohmahan, saya dan suami bersetuju untuk tidak dedahkan terlebih dahulu fasal anak. Tidak semua netizen, tetapi segelintir yang suka komen negatif.

Selain itu, pelakon filem dan penyanyi Fatin Afeefa berkata, tindakan itu juga dibuat kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi suaminya Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Untuk suami saya sendiri, dia pertama kali ada anak kerana sebelum ini dua anak saya sudah besar.

Jadi untuk pengalaman urusan bayi, pertama kali buat Opai. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai bapa secara normal.

Untuk makluman, Fatin dan suami telah menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jibiril dan kini sudah berusia tujuh bulan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @fatinafeefa8


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas