Connect with us

Oh! Media

“Saya Suka Sebab Dia Kelakar” – Isteri DDNK Jawab Tuduhan Kahwin Kerana Wang Ringgit

Trending

“Saya Suka Sebab Dia Kelakar” – Isteri DDNK Jawab Tuduhan Kahwin Kerana Wang Ringgit

Siapa tidak kenal dengan pakar pelaburan saham, pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya”.

ADVERTISEMENT

BACA: “Isteri Sangat Manja” – DDNK Akui Bahagia Kahwini Pelajar Sendiri, Bekas Isteri Ucap Tahniah

Hujung minggu lalu, DDNK telah selamat berkahwin dengan isterinya, Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari yang merupakan pelajarnya sendiri.

Jarak usia 22 tahun, ada yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK kerana wang ringgit. Betul ke?

Menerusi laporan Gempak, Ernie menafikan dakwaan itu dan berkata dia jatuh hati kerana DDNK tidak putus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tuanya.

Lucunya, masa mula-mula kenal saya memang tak tahu dia siapa. Dia tak mengaku pun dia DDNK, sampailah saya mulai cari di Internet siapa dirinya sebenar.

Kata Ernie lagi, dia sebenarnya beberapa kali menolak tetapi akhirnya menerima selepas melihat kesungguhan DDNK.

Tipikal komen netizen, kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia… Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun dah ada orang bercakap-cakap.

Dalam temubual bersama majalah Pesona Pengantin, Ernie berkata dia suka lelaki yang kelakar dan DDNK ada ciri-ciri itu.

Saya suka dia sebab dia kelakar. Saya tak boleh, saya suka. Saya suka orang kelakar. Setiap kali kita berborak dia mesti buat ‘loyar buruk’ dia tu.

Mengenai keserasian pula, Ernie berkata dia dan DDNK mempunyai ‘vibes’ yang sama meskipun dia jauh lebih berusia.

@pengantinmy

Pandai bergurau pula isteri DDNK ni. Comel je bila Datin Tuan Ernie kata DDNK ‘loyar buruk’! Tonton video penuh di Youtube dan FB Pesona Pengantin.

♬ original sound – Pesona Pengantin

Kredit: Gempak | Pesona Pengantin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas