Connect with us

Oh! Media

“Saya Berasa Malu”- Terlalu Ikut Emosi, Will Smith Mohon Maaf Dengan Chris Rock

will

Trending

“Saya Berasa Malu”- Terlalu Ikut Emosi, Will Smith Mohon Maaf Dengan Chris Rock

Semalam, kecoh diperkatakan apabila bintang Hollywood, Will Smith melempang pelakon dan pelawak popular, Chris Rock ketika siaran langsung Anugerah Akademi Oscars.

Smith dipercayai naik angin apabila penyampai itu bergurau mengenai penampilan isterinya yang kini botak.

BACA: “Tidak Boleh Lari Daripada Orang Yang Tidak Hormati Kita”- Will Smith Menangis Atas Pentas Oscar

IKLAN

Terbaru, pelakon ini menerusi satu hantaran di Instagram mengakui kesalahan kerana terlalu mengikut emosi. Dia sedar tindakannya pada malam Anugerah Akademi tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bergurau melibatkan saya adalah sebahagian dari kerja tetapi bergurau mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya terima. Saya bertindak balas mengikut emosi.

Will Smith turut memohon maaf secara terbuka kepada Chris. Dia mengaku melampaui batas dan bersalah.

Saya berasa malu dan tindakan saya itu tidak menunjukkan nilai seorang lelaki yang saya mahu.

Katanya lagi, tiada tempat untuk sebarang tindakan keganasan di dunia yang penuh dengan kasih sayang ini. Pelakon ini sekali lagi memohon maaf kepada pihak penganjur, kru dan penonton di seluruh dunia.

Dia berasa menyesal dengan tindakan melulu yang telah menconteng arang kepada perjalanan menakjubkan filem King Richard.

Kredit: Instagram Will Smith

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas