Connect with us

Oh! Media

“Tidak Boleh Lari Daripada Orang Yang Tidak Hormati Kita”- Will Smith Menangis Atas Pentas Oscar

will smith

Oh! Artis

“Tidak Boleh Lari Daripada Orang Yang Tidak Hormati Kita”- Will Smith Menangis Atas Pentas Oscar

Air mata Pelakon Lelaki Terbaik Oscar, Will Smith mengalir ketika beri ucapan di atas pentas. Video ucapannya itu menjadi viral sebaik sahaja kecoh video dia menampar pelakon dan pelawak Chris Rock 10 minit sebelum diumum sebagai penerima anugerah.

ADVERTISEMENT

BACA: Penonton Tergamam, Ini Sebab Will Smith Lempang Chris Rock Ketika Siaran Langsung Oscars

Smith dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Oscar untuk lakonannya dalam filem King Ricard. Bagaimanapun, Smith mengatakan dia menangis bukan kerana menerima anugerah Oscar ini tetapi bagaimana dia mampu menyinari semua orang.

Smith turut memuji Richard Williams (peranannya dalam King Richard), yang juga bapa kepada Venus dan Serena Williams. Dia menggambarkan lelaki itu sebagai ‘pembela keluarga yang garang’.

Dalam ucapanya yang panjang itu, Smith turut meminta maaf atas tindakannya menampar Chris Rock.

Saya ingin meminta maaf kepada Akademi dan kepada semua rakan finalis. Ini adalah saat yang indah dan saya tidak menangis kerana memenangi anugerah ini.

Ia bukan mengenai kemenangan ini tetapi ia mengenai bagaimana saya mampu menyinari semua orang. Seni ini umpama kehidupan, saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti yang mereka katakan. Saya kelihatan seperti Richard Williams tetapi cinta akan membuatkan anda melakukan perkara yang gila.

Tidak boleh lari dari orang tidak hormat kita…

Saya tahu, untuk melakukan apa yang patut kita lakukan, kita pasti akan menerima kecaman. Orang akan bercakap macam-macam mengenai anda. Dalam bidang ini, anda tidak boleh lari daripada sesetengah orang yang tidak menghormati anda.

Anda hanya perlu senyum dan berpura-pura bahawa ianya tidak mengapa tetapi pada saat-saat kegemilangan anda, ketika itulah syaitan akan datang kepada anda. – Katanya.

Di akhir ucapan, Smith sempat berseloroh dengan berharap agar Akademi menjemputnya lagi selepas ini. Apapun, Smith juga hanya manusia biasa yang juga mempunyai perasaan dan itu pasti tidak boleh dilakonkan.

Kredit: The Telegraph

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas