
Oh! Artis
Will Smith Menang Lagi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Selepas 3 Bulan Kes Tampar
Oleh
Penghayatan dalam membawakan watak bapa kepada pasangan tenis dalam filem King Richard nampaknya terus membawa tuah kepada Will Smith. Ini selepas dia tetap dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi BET Awards 2022.
BACA: Sebulan Menghilang Lepas Tampar Orang, Will Smith Dikatakan Berada Di India

Isu tampar di atas pentas Oscar 3 bulan lalu tidak dapat menafikan kehebatan lakonan Will nampaknya.
Apapun, Will tidak hadir untuk menerima trofi dalam acara itu yang berlangsung di Microsoft Theather. Will sebelum ini dilihat berada di India untuk melakukan pertapaan bersama guru di sana.
Untuk pengetahuan korang, BET Awards ni adalah khas untuk meraikan selebriti dan personaliti kulit hitam dari pelbagai bidang seni, budaya dan sukan.
Dalam acara itu, trofi bagi kategori Aktres Terbaik dimenangi pelakon Zendaya menerusi filem Spider-Man: No Way Home.
Untuk kategori muzik, Bruno Mars dan Anderson dinobatkan melalui album An Evening With Silk Sonic. Ada banyak lagi kategori yang dimenangi orang-orang hebat dalam acara ini.
Kredit: Berita Harian
