Trending
Sabronzo Muat Naik Foto Mesra Dengan Dash Berlin 2 Tahun Lepas Undang Perhatian Ramai
Foto perkahwinan Sabronzo Dolla dan DJ Dash Berlin tular di media sosial, mencetuskan spekulasi hubungan mereka.
Sejak semalam, media sosial hangat dengan foto perkahwinan yang didakwa milik Sabronzo Dolla bersama Deejay antarabangsa terkenal, Dash Berlin.
Majlis yang dikatakan berlangsung di Bali, Indonesia itu membuatkan ramai warganet mula berteka-teki mengenai hubungan sebenar mereka.
Hantaran lama Sabronzo undang perhatian

Menurut laporan Oh Bulan, satu posting lama di Instagram Sabronzo bertarikh 2 Mei 2023 kembali ‘trending’.
Dalam hantaran itu, Sabronzo dilihat menghadiri Pink Fish Festival dan bergambar mesra bersama Dash Berlin. Kini, ramai yang kembali membanjiri ruangan komen dengan spekulasi tentang foto perkahwinan yang tular itu.
Netizen mula buat spekulasi

Ada yang mendakwa wajah kedua-dua individu dalam gambar tersebut memang mirip Sabronzo dan Dash Berlin, sekali gus menguatkan lagi khabar angin.
Namun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak sama ada benar mereka sudah bernikah atau sekadar gosip semata-mata.
Pssttt! Jangan cepat percaya dengan apa yang tular di media sosial. Sebelum buat kesimpulan, lebih baik tunggu pengesahan rasmi daripada empunya badan.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.