Trending
Ridzokumura Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Arwah Isteri, Akiko Okumura Meninggal Dunia!
Semalam polis telah mengesahkan identiti wanita warga Jepun yang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di SS16 adalah isteri kepada pempengaruh, Ridzokumura iaitu Akiko Okumura.
Terbaru! Menerusi satu sesi siaran langsung di Tiktok, Ridzokumura akhirnya tampil menceritakan kejadian sebenar yang menimpa isterinya.
Ridzokumura cerita detik kejadian!
Menurutnya, pada jam 1 pagi dia terdengar bunyi dentuman kuat, tetapi menyangka ia datang dari lebuh raya kerana rumah mereka berdekatan dengan jalan utama
Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur.
Bagaimanapun, keesokan paginya, dia mula berasa tidak sedap hati kerana isterinya tidak menyediakan sarapan seperti biasa.
Abang segera ke bilik dan mendapati tingkap sudah terbuka dan rosak.
Ketika memanjat tingkap bilik air utama, dia ternampak isterinya dalam keadaan tertiarap di atas tanah.
Disebabkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, abang tidak mengalihkan badannya kerana sangka dia masih bernyawa.
Ridz kemudian segera mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan untuk menghubungi ambulans dan polis.
Minta henti sebar spekulasi

Dalam pada itu, Ridzokumura merayu kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian isterinya.
Tolong jangan buat andaian. Beri kami ruang.
Takziah buat Ridzokumura dan keluarga atas kehilangan ini.
#ApaKataOhmedia
Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah. Hormati privasi keluarga yang sedang berduka dan elakkan membuat spekulasi yang boleh menambahkan kesedihan mereka. Jika anda mengalami tekanan emosi, dapatkan sokongan daripada keluarga atau pakar.

[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM