Connect with us

Oh! Media

Ribuan Hadir Himpunan Kelantan Bangkit Bersama GSF

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Islam

Ribuan Hadir Himpunan Kelantan Bangkit Bersama GSF

Hampir 5,000 hadir himpunan Kelantan Bangkit Bersama GSF Gaza di Lembah Sireh penuh doa.

Alhamdulillah, team Oh! Media dapat bersama-sama rakyat Kelantan dan merasai sendiri suasana di Lembah Sireh, Kelantan.

Semalam betul-betul meriah bila ribuan orang sanggup berhimpun dalam panas terik demi tunjuk solidariti kepada misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan rakyat Palestin.

Dari remaja, ibu bapa sampailah kanak-kanak kecil, semua hadir dengan semangat luar biasa sambil mengibarkan bendera Palestin.

IKLAN

Meriah dengan persembahan dan doa secara aman…

Perhimpunan yang bermula jam 4.30 petang ini dibuka dengan sketsa dan nyanyian oleh pelajar pondok Maahad Tahfiz Al-Quran Albalaghul Mubin, diikuti dengan ceramah agama.

Peserta turut membaca qunut nazilah dan berdoa untuk keselamatan aktivis GSF serta rakyat Palestin yang masih berdepan kekejaman. Team Oh! Media kemudian berarak bersama-sama sambil berselawat.

Lebih menarik, lebih 20 bot dengan bendera Palestin berarak di Sungai Kelantan, menambah lagi semangat dalam kalangan hadirin.

Influencer turut tarik perhatian…

Turut memeriahkan perhimpunan ini ialah beberapa influencer tempatan seperti Shahmi Shazli dan Poyie Gasi. Kehadiran mereka mencuri perhatian ramai terutama golongan anak muda.

Presiden penganjur, Mohd Ghadaffi Hassan, mengaku tak sangka sambutan begitu besar.

Ini sebahagian usaha kami untuk menunjukkan sokongan kepada misi dan rakyat Palestin.- Katanya.

Sementara itu, Presiden MTRK, Mohd Aiman Yusri Mohd Yusof, pula menyifatkan ini sebagai perhimpunan pertama di Kelantan yang secara terbuka tunjuk solidariti kepada aktivis yang ditahan tentera Israel.

Ohmedia  2909

Program ini melambangkan semangat perpaduan rakyat Kelantan. Kami harap lebih banyak perhimpunan seperti ini akan dibuat selepas ini.- Katanya.

Himpunan ini berakhir sekitar jam 6.30 petang dengan peserta berarak mengelilingi padang sambil membawa bendera gergasi Kelantan dan Palestin.

Pssttt! Kadang-kadang kita rasa usaha kecil macam ni tak memberi kesan besar. Tapi sebenarnya, bila ramai orang berkumpul dengan semangat sama, mesej tu jadi kuat dan sampai jauh. Ohmedia nak ingatkan korang, jangan pernah rasa kecil bila berdiri untuk kebenaran. Suara rakyat kalau bersatu, insyaAllah akan beri impak besar.

Kredit: Team Oh! Media
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas