Connect with us

Oh! Media

Lebih 400 Hari Berlalu, Rafidah Ibrahim Berdepan Tindakan Sita Aset Atau Bankrap

Ohmedia rafidah Bankrap

Trending

Lebih 400 Hari Berlalu, Rafidah Ibrahim Berdepan Tindakan Sita Aset Atau Bankrap

Rafidah Ibrahim dipercayai gagal bayar saman fitnah RM281,000.

Selebriti dan aktivis, Rafidah Ibrahim berdepan risiko sita aset atau bankrap jika gagal membayar saman fitnah yang diperintahkan mahkamah terhadapnya.

Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi pada 31 Julai lalu memberi kemenangan kepada ahli perniagaan Datuk Haris Embong dan Arisprop Holdings Sdn Bhd.

Rafidah gagal bayar denda RM281,200

Rafidah

Difahamkan, Datuk Haris Embong menfailkan saman fitnah pada November 2021 susulan dua hantaran Rafidah di media sosial pada September dan Oktober 2021 yang menuduh wujud perbuatan tidak bermoral.

IKLAN

Sementara itu, syarikat Arisprop pula dituduh mengamalkan perniagaan tidak beretika.

Datuk Haris berkata, sejak hantaran dibuat dirinya dan syarikat berdepan pelbagai persepsi negatif, dihujani tuduhan serta komen netizen sehingga menjejaskan reputasi.

Sedang teliti tindakan sita atau kebankrapan

Rafidah Ibrahim

Disebabkan faktor itu jugalah, ahli perniagaan ini sedang mempertimbangkan tindakan susulan selepas selebriti itu gagal membayar denda yang dikenakan.

Kami sedang meneliti pilihan sama ada menyita aset atau memfailkan kebankrapan terhadap Rafidah Ibrahim kerana sehingga kini tiada bayaran dibuat.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan keputusan mahkamah dihormati serta menjaga kepentingan syarikat.

Beliau tiada pilihan selain menuntut hak melalui saluran undang-undang. Beliau menegaskan tindakan undang-undang ini bukan soal dendam peribadi, sebaliknya untuk membersihkan nama dan memastikan keadilan ditegakkan.

Terdahulu, Haris menuntut Rafidah membayar ganti rugi RM281,200 kepadanya dan syarikat dalam tempoh tujuh hari, susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Julai tahun lalu. Katanya, sudah 422 hari berlalu sejak keputusan dibuat namun terma pembayaran ganti rugi dan kos masih belum dipatuhi.

Pada 20 Ogos 2024, firma guaman mewakili Haris dan syarikat mengeluarkan notis menuntut pembayaran. Tiada maklum balas diterima. Notis kedua dikeluarkan pada 19 September dan peguam Rafidah mengesahkan penerimaan pada 22 September.

Pssttt! Jika keputusan mahkamah tidak dipatuhi, pihak yang menang berhak meneruskan tindakan seperti sitaan atau kebankrapan. Apa pun, biarlah proses perundangan berjalan dan semua pihak menghormati keputusan mahkamah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas