Connect with us

Oh! Media

Presiden MOM Jawab Kritikan Bawa Anak Dan Isteri Ke Acara Olimpik Paris

Ohmedia ateyn Featured Image 80

Trending

Presiden MOM Jawab Kritikan Bawa Anak Dan Isteri Ke Acara Olimpik Paris

Terbaru, nama presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria menjadi bualan netizen selepas tular gambar individu yang didakwa isteri dan anaknya sedang menonton di acara Olimpik Paris 2024.

Perkara ini telah dikaitkan dengan nasib seorang pemain badminton wanita negara, Goh Jin Wei yang keseorangan tanpa ada jurulatih, Nova Armada di sisinya disebabkan kad akreditasi terhad.

Ia menjadi persoalan, apabila netizen melihat anak lelaki Norza mempunyai kad akreditasi yang hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

IKLAN
Ohmedia whatsapp image 2024 08 06 at 104841 b458f045

Hal ini telah membangkitkan kemarahan netizen dan mereka meminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli untuk memberikan penjelasan.

Menerusi laporan malaysiakini, Norza telah tampil menjelaskan bahawa dia mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri ke acara itu.

Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet.

Dia juga berkata kuota tersebut tiada kena mengena dengan kad akreditasi yang melibatkan atlet dan pasukan negara.

Ohmedia ateyn Featured Image 80

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: malaysiakini


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas