Connect with us

Oh! Media

Jin Wei Yakin Mampu Bawa Pulang Pingat Sukan Olimpik 2 Tahun Dari Sekarang

Umum

Jin Wei Yakin Mampu Bawa Pulang Pingat Sukan Olimpik 2 Tahun Dari Sekarang

Goh Jin Wei pemain badminton remaja wanita tampil menunjukkan keyakinannya apabila berkata, “Kenapa perlu tunggu sehingga 2024 sedangkan saya boleh pergi dan bertarung untuk pingat dua tahun dari sekarang”.

ADVERTISEMENT

Kenyakinan ini ditunjukkan apabila pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebelum ini berkata bahawa dia yakin Jin Wei mampu menjadi harapan negara untuk membawa pulang pingat di Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Chong Wei membuat kenyataan itu selepas pemain berumur 18 tahun berkenaan melakar sejarah apabila merangkul gelaran Kejohanan Remaja Dunia buat kali kedua di Markham, Kanada Ahad lalu dalam acara perseorangan wanita.

“Semuanya boleh berlaku, saya juga boleh bertarung untuk pingat di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, saya berada di umur terbaik saya.

“Kenapa perlu tunggu sehingga 2024? Masa adalah emas, saya yakin saya perlu pergi dan bertarung,” jelas Jin Wei.

Jin Wei yang menjulang gelaran pertama ketika edisi 2015 di Lima, Peru berkata keyakinannya itu ditambah selepas memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina bulan lalu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas