Connect with us

Oh! Media

Trending

“Pokok Hutan Akan Tumbuh Sendiri” – MB Kedah Tolak Cadangan Tanam Semula Pokok Di Gunung Inas

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berpendapat pemulihan hutan perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan penduduk di sekitar Hutan Simpan Gunung Inas, Baling Kedah terdedah kepada ancaman banjir lumpur dan aliran puing.

BACA: Banjir Di Baling, Mayat Wanita Hamil Ditemui Berpelukan Bersama Ibu Mertua

IKLAN

Beliau berkata, sebanyak 100 juta pokok perlu ditanam semula selepas kawasan hutan itu rosak teruk akibat aktiviti pembalakan sebelum ini.

Foto: UPDA

Namun, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpendapat sebaliknya. Menurut beliau, kawasan yang ditebang untuk pembalakan sebelum ini akan kembali menjadi hutan selepas 30 tahun.

Kata beliau lagi, keadaan itu akan berlaku di mana-mana hutan di negara ini.

Insya-Allah pokok hutan itu akan tumbuh sendiri, semua hutan di Kedah tidak ada siapa yang menanamnya.

Jika kita mahu baik pulih pun, kawasan rosak itu sudah jadi laluan air dan pada masa akan datang ia tetap akan jadi laluan air juga.

Bagi mengurangkan kejadian banjir puing, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membina dua empangan sabo di kaki Gunung Inas.

Terdahulu, lebih 800 rumah terutama di Kampung Iboi dan sekitar Kupang terjejas teruk terkena kayu balak yang hanyut dibawa kepala air dari arah gunung.

Kejadian yang berlaku pada 4 Julai itu telah meragut tiga nyawa termasuk wanita hamil.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas