Connect with us

Oh! Media

Perli Suami Nak Bawa Madu Pergi Bercuti, Lelaki Ugut Nak Kelar Leher Isteri Kedua

Ohmedia ateyn Featured Image 83

Trending

Perli Suami Nak Bawa Madu Pergi Bercuti, Lelaki Ugut Nak Kelar Leher Isteri Kedua

Di Melaka seorang lelaki ditahan pihak polis kerana dipercayai telah memukul dan mengugut untuk menyembelih isterinya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah berkahwin dua dan merupakan seorang pemandu lori.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 58 tahun itu ditangkap di rumahnya selepas isteri kedua membuat laporan polis pada hari Ahad lalu.

IKLAN

Mengikut laporan dibuat, kejadian tersebut berlaku kerana lelaki tersebut marah selepas mangsa memerli dirinya yang berhasrat untuk membawa isteri pertama bercuti di Cameron Highlands.

Pertelingkahan berlaku apabila suspek memarahi mangsa supaya menjaga anak lelaki berusia lapan tahun kerana dia mahu membawa keluarga isteri pertama ke tempat peranginan itu.

Jawapan mangsa bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati suspek sebelum lelaki itu mencapai sebilah parang dan meletakkan pada leher mangsa.

Suspek juga didakwa telah menarik rambut mangsa dan mengheretnya masuk ke dalam bilik sebelum mencampakkannya ke atas katil.

Dikatakan, suspek telah mengugut untuk menyembelih leher mangsa dan kejadian itu juga telah disaksikan oleh anak lelaki mereka.

Mangsa juga berjaya melarikan diri dan kemudian terus membuat laporan polis.

Menerusi laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit telah mengesahkan kes tersebut.

Ohmedia photo 2024 08 06 18 28 28

Tangkapan dibuat Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Katil kira-kira 4 petang Ahad lalu.

Polis juga telah merampas parang yang dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa. Kini kes akan disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Ohmedia ateyn Featured Image 83

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas