Oh! Artis
Shuib Bersyukur Hanya Naib Juara TTMM, Tak Sanggup Lagi Dikecam Kalau Menang
Shuib berdoa semoga Allah tak beri kemenangan.
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, akhirnya menarik nafas lega selepas dia dan anak perempuannya, Thalita, diumumkan sebagai naib juara pada Grand Finale Talk To My Manager (TTMM).
BACA: “Grand Finale Sebahagian Dari Format Asal TTMM” – Kelab Peminat Thalita Bersuara
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, keputusan itu dianggap paling sesuai memandangkan dia sudah seminggu memendam tekanan akibat kecaman hebat netizen sebelum ini.
“Kalau jadi juara, mesti kena kecam”
Shuib menjelaskan bahawa ada pihak mendakwa berlaku ‘favoritism’ dalam program TTMM dan menuduh pihak produksi menambah episod semata-mata untuk memberi peluang kepada anaknya.
Tambahnya, juri dan para peserta memang tahu pertandingan ini ada lapan minggu dan bukan dipanjangkan kerana Thalita tidak sihat.
Saya bersyukur dan gembira kami dapat tempat kedua, kalau jadi juara mesti kena kecam.
Shuib turut mendedahkan bahawa tekanan yang diterima bukan hanya memberi kesan kepada dirinya, malah turut menjejaskan emosi Thalita yang masih muda.
Shuib berdoa semoga tak menang

Katanya, Thalita sangat down dan dia perlu memantau Thalita supaya tidak membaca komen-komen yang menghentamnya.
Saya sampai berdoa kepada Allah supaya tak menang. Sebab kalau menang, mesti kena kecam. Letih saya nak menjawab nanti.
Bercerita mengenai dakwaan kononnya mereka ‘menunggang kisah arwah Siti Sarah’ untuk meraih simpati, Shuib menegaskan anaknya hanya menyanyikan lagu ibunya sendiri dan tidak salah untuk berbuat demikian.
Pssttt! Dalam dunia hiburan, kecaman sudah jadi perkara biasa, tapi bila melibatkan anak kecil, memang boleh memberi kesan besar pada emosi. Apa pun, Oh! Media harap Thalita terus kuat dan Shuib kekal tabah.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM